Sunday, 25 May 2014

Menyingkirkan lemak berlebihan

Mengimpikan tubuh badan yang ramping tidak lah sukar seperti yang disangka, cuma azam dan semangat yang kuat perlu ada dalam diri jika inginkan susuk tubuh yang ramping. Jadi perkara yang utama  kita harus lakukan ialah singkirkan lemak-lemak yang berlebihan di peha, perut dan lengan. Mari ikut petua yang percuma ini untuk kuruskan badan.


bahan-bahan

  1.  4 potong halia bara
  2. sedikit jintan manis
  3. 3 biji lada hitam
  4. air suam 1 gelas


cara-caranya

  1. tumbuk bahan-bahan di atas sehingga lumat
  2. rendam bahan-bahan tadi di dalam air suam
  3. biarkan selama 45 minit ke 1 jam, dan tapiskan
  4. amalkan minum setengah gelas pada waktu pagi dan setengah gelas pada waktu malam
  5. amalkan selama sebulan, InsyaALLAH anda akan dapat berat yang anda impikan. tapi makan tu haruslah berpantang skit ye, jangan makan ikut sedap je. Kurangkan makanan berminyak dan berlemak. Yang paling penting untuk cepatkan proses pembakaran lemak ialah senaman. jadi amalkan senaman 3-5 kali seminggu. 

Friday, 16 May 2014

Memutihkan dan kuatkan gigi

Gigi putih menjadi idaman setiap lelaki dan wanita, apabila senyum atau gelak pon rasa lebih yakin, kos pemutihan gig agak mahal, mungkin dalam rm300 ke rm400..jadi saya mengamalkan petua yang mudah diamalkan oleh anda semua

Bahan-bahan
  1. sedikit garam
  2. ubat gigi( terpulang pada ubat gigi yang anda gunakan) kalau saya suka colgate, dari kecil smpai besar colgate tetap menjadi pujaan hatiku
Cara-cara
  1. campurkan sedikit garam ke ubat gigi anda, jangan banyak-banyak nanti masin sangat susah pula nk gosok gigi
  2. gosok gigi setiap pagi. InsyaALLAH gigi anda akan putih macam Fazura..hehe

Thursday, 15 May 2014

Mengharumkan rambut

memakai tudung dari pg hingga ke petang atau masa yang lebih dari 8 jam memang akan mengakibatkan rambut kita bau agak kurang menyenangkan sebab bau peluh, memakai syampu pun masih kurang mendapatkan hasil yang diingini. Jangan risau sebab saya ada petua yang dapat mengatasi masalah ni..bahan2 mudah di dapati

bahan yang harus di sediakan


  1. limau nipis dalam 2 biji, ikut suka anda. ada yang rambut nipis dan ada juga rambut yang lebat.
cara2 nya
  1. Basahkan rambut anda
  2. sapukan limau nipis tersebut ke seluruh kulit kepala dan biarkan selama 5 ke 6 minit
  3. selepas itu, urut2 kan kulit kepala anda, supaya dapat meresap ke dalam kulit anda
  4. akhir sekali, bilas rambut anda dengan air bersih

inginkan bulu mata lebat dan panjang

mempunyai mata yang galak, bulu mata yang lebat dan panjang menjadi idaman setiap wanita, jadi saya ingin kongsikan petua untuk mendapatkan hasil yang memuaskan tanpa perlu memakai alat solekan

bahan-bahan

  1. sebiji buah keras
  2. sedikit minyak
cara2 nya
  1. bakar buah keras sehingga hitam dan tumbuk sehingga hancur.
  2. campurkan minyak masak dan sapukan sedikit sebelum anda masuk tidur
  3. amalkan seminggu 3 kali

mengatasi masalah betis berbulu

Bagi wanita, betis yang mempunyai bulu yang agak lebat seperti lelaki memang agak merimaskan dan tidak manis di pandang, tapi jangan risau ye kawan2 sebab ada petua untuk mengatasi nya.

bahan2 yang harus disediakan hanya sedikit kacang hijau dan air untuk merendam kacang hijau tersebut. cara2 nya anda haruslah rendam kacang hijau semalaman dan seterusnya anda ambil kacang hijau tersebut dan tumbuk sehingga lumat. Setelah itu, sapukan ke betis anda sehingga kering. Dan akhir sekali, basuh dengan air suam. 

Amalkan selalu ye..selamat mencuba

Wednesday, 14 May 2014

Nak Cantik?? Jom Ikut petua orang kampung

Petua untuk cerahkan di bawah lengan, siku dan celah-celah peha.

kadang-kadang kita segan nak pakai baju lengan pendek sebab ketiak kita yang hitam tu kan, so anda semua jangan risau ok sebab ada petua yang boleh menghilangkan hitam-hitam yang tidak sepatutnya. tapi korang kena lah amal kan selalu tau sebab petua ni kena sentiasa berterusan.


barang-barang yang anda perlu sediakan seperti:-


1. kapur makan

2. setengah biji limau nipis( ambilkan jus nya sahaja tau)

cara-caranya

anda mestilah campurkan kedua-dua bahan tersebut, selepas tu anda ambil kapur yang dicampur bersama limau itu dan sapukan ke tempat yang ada ingin cerahkan seperti dibawah lengan, celah peha dan ikut you all lah. Selepas sapu, anda harus pastikan ia betul-betul kering tau. lepas tu baru lah cuci. Amalkan 2-3 kali seminggu. InsyaAllah anda akan dapat hasil yang memuaskan
Hi All...Ni adalah blog yang ingin saya kongsikan kepada anda semua mengenai petua-petua orang kampung. Tak salahkan kalau kita berkongsi ilmu dan dapat memberikan faedah untuk semua. Petua Orang kampung ni memang sering di amalkan oleh orang-orang lama, sebab tu la orang-orang dulu cun melecun kan, macam zaman sekarang ni banyak menggunakkan produk yang mengandungi bahan kimia, so you all kena hati-hati tau.....selamat mengamal